Rawatan ini dirumuskan khusus utk bayi & kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti ekzema, ruam lampin, ruam panas, kudis serta berbagai lagi masalah kulit.
Set rawatan ekzema untuk bayi dan kanak-kanak terdiri daripada 3 jenis rawatan iaitu minuman minyak berperisa blackcurrant, sabun lavender & body oil lavender.
Minuman minyak berperisa blackcurrant ini ialah untuk diminum atau dicampurkan bersama dengan makanan bayi. Kalau bayi atau kanak-kanak itu boleh minum begitu sahaja bolehlah disuapkan 1 sudu kecil setiap pagi dan malam. Kalau tidak, boleh dicampurkan di dalam makanan seperti cereal / bijirin, bubur nasi atau roti sanwic dsbnya. Cumanya pastikan semasa mencampurkan minuman berperisa blackcurrant tadi, makanan bayi dah sejuk. Pokoknya bahan rawatan ekzema ini tidak boleh didedahkan kepada suhu yang tinggi. Suhu tinggi akan merosakkan kandungan bahan rawatan.
Kalau bayi tu nak diberikan bubur nasi, pastikan suhu bubur tu dah rendah, suam-suam kuku baru ditambah / gaulkan minuman berperisa blackcurrant satu sudu kecil.
Sila ambil perhatian bahawa minuman minyak berperisa blackcurrant ini sesuai untuk bayi yang sudah bersedia untuk memulakan makanan keras, iaitu umur bayi sudah mencapai 7 bulan ke atas. Untuk bayi yang belum mencapai umur 7 bulan, rawatan hanya menggunakan sabun dan body oil lavender
Sabun lavender digunakan semasa mandi, boleh digunakan keseluruh tubuh bayi atau membasuh bahagian-bahagian bayi yang terdapat kesan ekzema atau gatal-gatal. Simptom pada bayi ialah kulit kemerah-merahan dengan bintik-bintik , terkadang berair dan nampak lebam bila digaru. Keadaan begitu boleh menyebabkan bayi tidak selesa dan akan menangis.
Setelah dimandikan, lap bayi sehingga kering dengan tuala yang bersih. Kalau terdapat tempat-tempat yang kulit bayi dah merekah atau luka – ini kes ekzema yang dah serius – guna kertas tisu yang bersih atau tuala yang baru dibasuh atau sanitised tissue. Lap perlahan-lahan supaya luka tidak bertambah disebabkan gosokan yang kuat.
Kemudian sapukan body oil lavender di tempat-tempat yang bermasalah. Gosok dengan jari yang bersih. Kalau kes yang serius tadi, kulit bayi dah merekah dan ada luka, jangan guna jari kerana takut-takut berlaku jangkitan kuman. Jari kita ini kalau tidak dibersihkan dengan baik terdapat banyak kuman, maklumlah sentuh sana pegang sini, buat itu buat ini, semuanya dengan jari. Gunakan kapas atau cotton bud. Tuangkan body oil lavender keatas kapas atau cotton bud dan sapu perlahan-lahan keatas kulit bayi yang mengelupas atau luka tu. Pastikan cukup minyak yang disapu. Guna 1 kapas atau 1 cotton bud untuk satu tompok kulit sahaja. Ganti kapas atau cotton bud baru untuk setiap tompokkan kulit.
Pokoknya, ibu-ibu mesti prihatin terhadap masalah kebersihan dan jangkitan kuman semasa merawat bayi yang menghadapi masalah kulit. Alas bayi, sarung tangan, stoking dsbnya perlu disalinkan setiap kali selepas mandi.
Ulang menyapu body oil lavender keatas kulit bayi sekerap yang mungkin semasa permulaan rawatan sehingga nampak kesan setelah beberapa hari. Kalau boleh biarlah kulit bayi sentiasa lembap dengan body oil. Kalau ada air badan atau peluh, lap dahulu sebelum mengulangi sapuan body oil lavender. Setelah nampak kesan baik, kulit bayi semakin sembuh, bolehlah dikurangkan kekerapan menyapu body oil lavender.
Saya ingin menegaskan disini bahawa keberkesanan rawatan ini terpulang kepada beberapa faktor termasuklah ;
i. ketelitian ibu dlm menjaga kebersihan semasa merawat bayi,
ii. kesempurnaan rawatan iaitu minum, basuh dan sapu,
iii. persekitaran yang bersih dan tidak berhabuk,
iv. makanan dan cara hidup
v. dan akhir sekali pesakit itu sendiri.
Sepanjang 3 / 4 tahun kami di pasaran, terdapat banyak contoh positif daripada ibu-ibu yang telah menggunakan rawatan TROPIKA.
Walaubagaimanapun, saya ingin menyarankan supaya minuman berperisa blackcurrant itu diteruskan walaupun kulit bayi dah sembuh dan masalah ekzema sudah tidak ada lagi. Minuman berperisa blackcurrant mempunyai minyak kelapa dara yang memiliki banyak khasiat untuk pertumbuhan yang seimbang untuk bayi dan kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, saya ingin menyarankan supaya minuman berperisa blackcurrant itu diteruskan walaupun kulit bayi dah sembuh dan masalah ekzema sudah tidak ada lagi. Minuman berperisa blackcurrant mempunyai minyak kelapa dara yang memiliki banyak khasiat untuk pertumbuhan yang seimbang untuk bayi dan kanak-kanak.
BELI SET ALAHAN & EKZEMA
(Tropika VCO berperisa Blackcurrant (85ml), TROPIKA - Baby Hair and Body Oil Lavender 30ml, TROPIKA - Baby Hair and Body Oil Lavender 30ml)
(Tropika VCO berperisa Blackcurrant (85ml), TROPIKA - Baby Hair and Body Oil Lavender 30ml, TROPIKA - Baby Hair and Body Oil Lavender 30ml)